Aku bukanlah seorang yg gagah mahupun mempunyai body yg katang atau dalam bahasa inggerisnya 'tough'..

Wednesday, September 1, 2010

Cerita yang harus dikongsi bersama...

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu
zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya
dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka
diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas"
Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan,
maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa
besar". (Riwayat Al- Hakim)
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

 
 

Followers